Tuesday, September 2, 2008

RESOLUSI SCC


1) Pemantauan



  •  Pemantauan terhadap kafeteria akan dilakukan oleh pihak pengurusan UTP bersama-sama Jawatan Kuasa Kafeteria UTP (pelajar). Setiap laporan akan dihantar terus kepada pihak Health,Safety and Environment (HSE) Department of UTP.
  •  Jadual pemantauan akan disusun supaya setiap pemantau akan memantau kafeteria yang berlainan bagi menggalakkan pemantau membandingkan keadaan kafeteria yang baik dengan yang sebaliknya.

2) Harga


  • Penjelasan harga akan dilakukan sekiranya makanan yang diambil pelanggan melebihi RM 4 (menu yang normal)
  • Harga bagi setiap makanan akan diletakkan berhampiran dengan makanan bagi memudahkan pelanggan.
  • Pihak kafeteria tidak dibenarkan menipu pelanggan dengan mengenakan harga yang berlainan dengan harga yang dipamerkan.
  • Pihak kafeteria juga harus meletakkan papan harga makanan yang mempamerkan harga semua makanan yang dijual.

3) Sensitiviti
  • Pemantauan secara terus terhadap bahan-bahan mentah akan dilakukan oleh pihak pengurusan UTP bersama-sama pihak berwajib.
  • Pihak kafeteria perlu memberikan perhatian yang serius terhadap setiap makanan yang ditempah pelanggan bagi mengelakkan sebarang sensitiviti yang melibatkan agama. Contoh, masakan yang mengandungi daging untuk pelajar beragama hindu.
  • Para pekerja kafeteria harus menjaga etika ketika menjalankan perniagaan. Tindakan akan diambil sekiranya pekerja melanggari etika bekerja. Contohnya, layanan terhadap pelanggan.

4) Perkhidmatan



  • Pihak kafeteria haruslah memastikan tempoh paling lama bagi setiap lauk adalah selama 6 jam.
  • Pihak kafeteria haruslah bersikap mesra terhadap pelanggan. Perlakuan yang menyalahi etika akan dikenakan tindakan.
  • Penggunaan sistem nombor giliran atau mikrofon boleh dijalankan bagi mengatasi masalah perkhidmatan (hanya dijalankan bagi mana-mana kafeteria yang memilih untuk menggunakannya)

5) Kebersihan



  • Pihak cafe dan ’cleaner’ bertanggungjawab memastikan kebersihan tempat memasak, meja, dan segala perkakas. Jika gagal, tindakan keras akan diambil.
  • Kotak aduan akan disediakan bagi memudahkan pelanggan menyampaikan sebarang komen dan cadangan. Bagi sesetengah kes, pelajar diminta mengadu terus kepada pihak pengusaha cafe dan wakil pelajar agar laporan rasmi boleh dikeluarkan. Contohnya, benda asing dalam makanan.

Tuesday, August 12, 2008

Welcome to SCC blog

hi UTPian!

thank you for visiting us. this blog is one of the link to ensure all of the cafes in UTP reach the standard of high class cafe. by sending us all the complain about cafe in UTP, you will help the cafe improved to higher standard.